top of page

Keropok Lekor merupakan makanan tradisi dari negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun, asal usul keropok lekor ini adalah dari negeri Terengganu. 

 

Rasanya yang rangup, sedap, segar lagi menyelerakan menyebabkan setiap orang yang datang melawat ke negeri berkenaan tidak lepas daripada membeli keropok lekor goreng atau mentah sebagai ole-ole unruk di bawa pulang atau dimakan sebagai kudapan di waktu petang.

 

Ramuan bagi menghasilkan keropok lekor terdiri daripada :

i. Isi ikan

ii. Tepung sagu / tepung kanji

iii. Tepung gandum

iv. Sedikit garam

​

Isi ikan yang banyak menyebabkan rasa keropok lekor itu bertambah sedap dan rangup. Kesegaran bauan aroma ikan sewaktu menggoreng menaikkan selera setiap penggemar.

​

Oleh kerana itulah mengapa keropok lekor dari Pantai Timur sentiasa menjadi pilihan ramai.

Keropok Lekor

Keropok lekor pantai timur

HMD enterprise merupakan syarikat milik Hussin Mat Daud. Syarikat ini membekalkan keropok lekor  dibawah label produk Keropok Lekor Pantai Timur. Keropok Lekor ini adalah asli dari Pantai Timur di bawa khas kepada anda sebagai penggemar citarasa Pantai Timur. Syarikat juga menjual secara borong dan runcit kepada peniaga kecil-kecilan, pengusaha kedai makan dan juga individu yang berminat menambah pendapatan sampingan sebagai agen Keropok Lekor Pantai Timur.

Sejak 2015

bottom of page